Orang Yang Berjiwa Lemah


Di antara orang yang lemah jiwa itu takut hendak memperkatakan kebenaran

Lebih-lebih lagi kepada pembesar-pembesar dan mereka yang berkuasa

Kalau dia membuat baik minta dipuji, kalau tidak dipuji tersinggung jiwanya

Ke mana pergi ingin dihormati, kalau tidak dia kecewa

Setiap ujian yang menimpanya derita jiwanya

Jika berlaku berlama-lama putus asa

Fikirannya tidak menentu, jiwanya merana, terganggu selalu, gelisah selalu

Termasuk lemah jiwa inferiority complex berhadapan orang yang serba ada

dan serba istimewa

Kalau dia seorang yang miskin papa

Tapi di hadapan Tuhan tidak pula dia terasa hina

Termasuk orang yang lemah jiwa dia tidak tahan orang mengatanya

Lebih-lebih lagi orang menghinanya

Terganggu sahaja jiwanya, gelisah tidak menentu buat apa serba tidak kena

Orang yang lemah jiwa tidak mampu berjuang

Tidak mampu berkorban, tidak mampu berhadapan dengan cabaran

Bahkan orang yang lemah jiwa masa depannya pun sudah difikirkan

Macamana nanti aku kalau mendapat ujian?!

Kalau aku miskin di masa depan alangkah malangnya!

Padahal di waktu itu belum lagi menimpanya

Tapi dia sudah membayang-bayangkan masa depannya

Akibatnya kesusahan yang belum datang pun sudah dibimbangkan

Orang yang lemah jiwa dia akan berfikir yang bukan-bukan

Kalau aku berkahwin nanti bolehkah aku beri makan?

Bolehkah isteriku memberi kecintaan berpanjangan?

Bahkan di masa depannya macam-macam yang negatif dibayang-bayangkan

Malang demi malang yang difikirkan yang mengganggu perasaannya

Tapi hal Akhirat tidak pula difikirkan

Di Akhirat yang dia akan pergi tidak pula dia susahkan

Seolah-olah di Akhirat sana pasti senang

Sudahlah jiwanya lemah dia ditipu oleh syaitan

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi